Saturday, August 6, 2011

Explore At Taman Negara Kuala Tahan




Saturday, July 2, 2011

LEMPOYANG ATAU HALIA HUTAN MAMPU UBATI KANSER SERVIKS

Lempoyang atau Halia hutam-Wild ginger.
Nana saintifik-Zingiber Zerumbet
Lempoyang atau halia hutan-wild ginger biasanya tumbuh di kawasan semak-samun. Ia dari kumpulan halia dan biasa juga dipanggil halia hutan atau wild ginger. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggianya lebih kurang 30-50 cm dari tanah.

Sama seperti genus halia yang lain, ia membiak melalui rizam dan pecahan rumpun.

Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati - kurang selera, sesak nafas, bau badan dan gaut.

Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik Universiti Putra Malaysia ( UPM ) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim ( kanser serviks ) tanpa sebarang kesan sampingan.

Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain.

Ketua penyelidik, Dr. Ahmad Bustamam Abdul, berkata bahan berkenaan yang dijangka dipasarkan dalam bentuk kapsul dan cecair boleh digunakan bersama ubat kimoterapi komersial lain dan boleh di ambil dalam dos yang tinggi tanpa merosakkan tisu normal.

Bahan ini berguna secara langsung kepada wanita yang mempunyai masalah berhubung pangkal rahim dan selepas menjalani ujian pap smear, terbukti ada tanda kanser pangkal rahim.

"Ia mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum sel kanser bertukar kepada abnormal dan mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan," katanya pada sidang media.

Dr. Ahmad Bustamam berkata, dengan penemuan terbaru itu, kos rawatan pesakit kanser pangkal rahim dijangka jauh lebih murah, selain tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat sintetik yang diimport dan lebih mahal. Katanya bahan itu kini diperingkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk pemasaran dan sudah pun dipatenkan serta diiktiraf diperingkat tempatan dan antarabangsa.

"Kita berharap syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang daripada penemuan ini untuk memasarkan bahan semula jadi sebagai produk ubatan herba antikanser diperingkat global," katanya.

Wednesday, April 20, 2011


Tuesday, April 19, 2011

Menyingkap Kedamaian Di Kuala Keniam

  
     Kalau anda berpeluang berkunjung ke Taman Negara, tidak lengkap rasanya tanpa meneruskan perjalanan ke Kuala Keniam atau lebih dikenali dengan nama Keniam Lodge.

Perjalanan dari Kuala Tahan ke Kuala Keniam melalui sungai mengambil masa lebih kurang dua jam bergantung kepada keadaan paras air sungai yang kadangkala dalam dan adakalanya cetek. Anda boleh menaiki bot sepuluh penumpang atau empat penumpang yang disediakan oleh pihak Jabatan Perhilitan. Sepanjang perjalanan mengharungi Sungai Tembeling ini, anda akan menempuh tujuh jeram yang dianggap menyeronokkan. Keindahan alam semulajadi di sepanjang tebing sungai memukau mata memandang. Sekiranya anda bertuah, anda akan dapat melihat burung-burung yang beterbangan, kera dan monyet yang berloncatan dari dahan ke dahan atau biawak yang sedang menyusur pasir di tepi tebing sungai. Semua ini membuatkan perjalanan anda tidak membosankan.

Manakala bagi anda yang minat menjelajahi hutan dengan berjalan kaki, anda boleh menggunakan rentis Kuala Tahan - Kuala Keniam yang juga dibuat oleh pihak Jabatan Perhilitan. Namun perlu diingat, anda seharusnya membawa minuman dan makanan yang mencukupi kerana perjalanan ini agak jauh iaitu lebih kurang tujuh atau lapan jam/ Perjalanan melalui rentis ini akan mengajak anda lebih dekat lagi mengenali dan mengecapi keindahan alam semulajadi. Bunyi serangga dan hidupan liar serta kicauan burung-burung menemani dan menghiburkan sepanjang perjalanan anda/ Sebelum sampai ke Kuala Keniam anda akan menemui beberapa buah gua seperti  Gua Kepayang Kecil, Gua Kepayang Besar, Gua Daun Menari dan Gua Luas.

Berbagai-bagai aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di Kuala Keniam. Antaranya mengkaji, menyelidik atau memerhati burung. Kuala Keniam merupakan salah satu tempat yang terbaik bagi peminat-peminat burung. Selain terhindar dari sebarang pencemaran, di Kuala Keniam banyak terdapat pokok-pokok yang menjadi tempat perlindungan dan tarikan beraneka spesis burung. Antara spesis yang mudah dilihat ialah spesis Enggang, Takor, Takau, Tukang, Dendang, Sepah Puteri, Tiung dan berbagai lagi spesis yang jarang-jarang kelihatan di tempat lain.

Memancing merupakan satu aktiviti yang akan memberikan kepuasan kepada anda. Ini adalah kerana sungai Keniam yang berhampiran di situ masih banyak mengandungi pelbagai spesis ikan. Ikan-ikan di kawasan ini terhindar dari sebarang gangguan dan pencemaran. Tambahan pula terdapatnya pokok-pokok ara, neram dan jambu air yang mana buahnya menjadi makanan utama ikan. Spesis ikan yang terdapat di sepanjang sungai Keniam antaranya Toman, Sebarau, Belida, Kelah dan berbagai spesis lagi. Kuala Perkai adalah satu-satunya tempat yang sesuai untuk memancing. Di sini terdapat sebuah lodge untuk kemudahan bermalam di bawah pengendalian Jabatan Perhilitan.

Selain dari tempat memancing, Kuala Perkai juga sesuai untuk tempat beristirehat.. Suasana yang tenang dan damai serta panorama nan indah tentunya amat sukar untuk luput dari ingatan anda. Untuk sampai ke Kuala Perkai, anda boleh berjalan kaki dari Kuala Keniam sejauh 4.2 km, ataupun anda boleh menyusuri sungai Keniam dengan menaiki bot empat penumpang. Oleh kerana sungai Keniam merupakan sungai yang sempit dan cetek airnya, perjalanan anda menjadi lasak dan mencabar. Kegelisahan sentiasa bergayut di hati anda ketika bot yang anda naiki menempuh jeram-jeram yang kecil dan berbahaya. Namun itu semua menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.

Terdapat dua buah gua yang anda boleh jelajahi di Kuala Keniam. Gua-gua tersebut ialah Gua Daun Menari dan Gua Luas. Kedua-dua buah gua ini terhasil dari bukit batu yang tinggi. Ketinggianya mencapai lebih 500 meter. Seperti gua-gua lain, Gua Daun Menari dan Gua Luas juga didiami oleh kelawar, ular, katak dan berbagai jenis serangga yang mana ianya merupakan satu ekosistem yang stabil. Terdapat juga kesan-kesan tapak kaki gajah liar di sekitar gua-gua tersebut. Untuk sampai ke gua ini, anda perlu berjalan kaki melalui rentis yang dibuat oleh Jabatan Perhilitan sejauh 3.5 km dari Kuala Keniam. Sepanjang perjalanan ke gua-gua tersebut, anda mungkin mendengar laungan burung Kuang Raya, Ungka Tangan Putih atau Siamang. Anda juga barangkali akan terjumpa kesan-kesan tapak kaki hidupan liar seperti kesan tapak kaki gajah, serigala hutan, seladang, babi hutan dan harimau. Adakalanya anda boleh terserempak dengan binatang liar mengikut situasi tertentu.

Walaupun Kuala Keniam jauh terpencil, namun ianya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi anda yang inginkan udara yang segar dan nyaman serta ketenangan, kedamaian dan keindahan alam semulajadi, Kuala Keniam adalah tempat yang paling sesuai. Sesungguhnya ketenangan, kedamaian dan keindahan ini hendaklah sentiasa dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan generasi yang akan datang.

Tuesday, February 22, 2011

Selamatkan bumi kita

     Selamatkan Bumi Kita
Ketika masih berumur lima tahun di kawasan perkampungan sekitar Kuala Tahan sangat nudah untuk melihat haiwan-haiwan liar seperti burung pegar atau ayam hutan. Begitu juga  kancil,, kijang atau pelanduk berkeliaran di halaman rumah seumpama haiwan peliharaan. Malahan seekor rusa jenis sambar yang diberi nama Maat sempena hari kelahiranya pada hari Jumaat amat jinak sekali denga sesiapa saja. Maat boleh  diusap dibelai dan dihulurkan pisang ke mulutnya. Maat begitu manja dan mesra dengan persekitarannya. Barangkali Maat tidak pernah menganggap bahawa manusia adalah musuh utamanya. Adakalanya Maat menjenguk-jenguk di muka pintu mencari penghuni rumah yang sudah dianggap kawannya atau barangkali mencari sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulutnya.
Pada hari ini suasana seperti dulu tidak berlaku lagi. Segala-galanya sudah berubah. Barangkali kalau diceritakan kepada anak-anak kecil, mereka menganggapnya hanyalah cerita dongeng atau cerita mitos seperti hikayat Sang Kelembai. cerita Pak Pandir atau cerita Mat Jenin.
Zaman dan waktu mengubah segalanya. Apabila dikatakan pembangunan, maka ada jalanraya, ada pembalakan yang berleluasa serta penempatan yang tidak terbatas. Barangkali kalau kita inginkan pembangunan, maka kita terpaksa korbankan sesuatu yang tidak kita jangkakan.
Persoalannya apakah komitmen kita terhadap semua ini?



Banteng adalah antara haiwan yang teleh pupus di negara kita.


Begitu juga dengan haiwan ini, Kambing Gurun. Kalau kita tidak memberi perhatian sepenuhnya, maka nasibnya akan samalah seperti Banteng.





Apakah kita ingin melihat haiwan ini mengalami nasib yang sama aeperi Banteng.
Tahukah anda bahawa flora dan fauna memberi sumbangan yang amat besar terhadap ekosistem di mukabumi ini?

Monday, February 14, 2011

KUALA KENIAM


Menyingkap kedamaian di Kuala Keniam

Kuala Keniam merupakan destinasi menarik bagi mereka yang gemarkan suasana tenang dan damai. Keheningan pagi yang diserikan  dengan siulan unggas serta hembusan  angin bayu dari celah-celah pepohon menghijau amat mengasyikkan sekali.

Hutan di kawasan ini tidak pernah diteroka, malah dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan ). Pengawasan rapi sebegini menjadikan penghuni di  belantara ini hidup dalam satu ekosistem yang teratur.

Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Keniam, amtaranya ialah Gua Luas, Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil. Manakala Kuala Perkai, Keniam Kecil dan Lata Said amat popular bagi yang gemarkan aktiviti memancing.

Saturday, February 12, 2011

TAMAN NEGARA KUALA TAHAN

WELCOME TO TAMAN NEGARA
 Ancient Wonder of Nature


Taman Negara. Two words in Bahasa Melayu, the national language of Malaysia, which conjure images of a giant green garden filled with exotic flowers and creatures. The word 'taman' means both 'park' and 'garden' in Malay while 'negara' means 'nation' - together they translate simply as 'National Park'. Even though there certainly many other national parks elsewhere in Malaysia, Taman Negara remains the patriarch of them all, with the pedigree to back it up.



As the first and oldest official Protected Area in the country, Taman Negara was originally called King George V National Park. Declared in 1938 by the Sultans of 3 states Kelantan, Pahang and Terengganu upon King George's Silver Jubilee and to preserve the land's indigenous nature in perpetuity, it was gazetted separately by each state's Enactments in 1938 - 1939. The park was rename Taman Negara after the nation gained independence in 1957.


Taman Negara is the largest of all Protected Areas in Peninsular Malaysia with 4,343 sq km. The Pahang section of the park is the largest at 2,477 sq km, followed by Kelantan's portion at 1,043 sq km and Terengganu's at 853 sq km. The Peninsula's highest peak, Gunung Tahan at 2,187m rises in the Pahang sector of the park.













                                    ROOM TARIFF 2011
CENGAL SUITE                                                          RM552.00
SERAYA SUITE                                                           RM552.00
JUNIOR SUITE                                                           RM252.00
SUPERIOR TRIPLE CHALET                                  RM192.00
SUPERIOR QUAD CHALET                                     RM228.00
DELUXE CHALET (TWIN/SINGLE)                     RM160.00
STANDARD ROOM (TWIN/SIMGLE)                  RM108.00
AIR-COND HOSTEL 4 PERSON                             RM140.00
AIR-COND HOSTEL 6 PERSON                             RM195.00
AIR-COND HOSTEL 8 PERSON                             RM240.00
EXTRA BED/MATTRESS                                        RM40.00


Room rate is per room per night basis.


Complimentary breakfast for 2, 3 and 4 persons based on type of room or chalet.


No complimentary breakfast for Air-cond Hostel.



                  



             ACTIVITIES

NIGHT JUNGLE WALK                                RM40.00/pax
JUNGLE TREKKING TO
CANOPY WALKWAY & TERESEK HILL   RM45.00/pax
RAPID SHOOTING TO
KUALA TRENGGAN                                      RM40.00/pax
BOAT TRIP TO LATA BERKOH &
KELAH FISH SANCTUARY                          RM60.00/pax
CAVE EXPLORATION                                   RM60.00/pax
VISIT ABORIGINAL SETTLEMENT          RM60.00/pax


All activities are subject to a minimum of 4 person.

No refund shall be made in the event of bad weather or last minute cancellation.


The management are not liable for any mishaps or injuries that ocours during the activities.


All rates above applies for both local and overseas market alike.



For more information please contact ; Aymad Mohamad 017 9044992
For any payment please Bank-In at Maybank account 156208131



  
                            
                  Menyusur Sungai Tembeling

Sungai Tembeling yang panjangnya lebih kurang 459 km merupakan sumber air serta laluan utama bagi penduduk yang tinggal di sekitar lembah Tembeling. Aliran sungai ini bermula dari Kampung Pasir Raja lalu menghilir sehingga ke muara Kuala Tembeling di mana bertemunya tiga sungai utama iaitu Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Pahang.


Pertengahan Sungai Tembeling letaknya destinasi pelancongan Taman Negara Kuala Tahan. Sepanjang sungai ini bermula dari kampung Kuala Tahan terdapat beberapa jeram yang agak mencabar namun menyeronkkan bagi yang menggenari rekreasi lasak serta menghayati keindahan alam. Disamping jeram, terdapat juga beberapa lubuk yang menjadi kegemaran kaki pancing untuk menangkap ikan. Diantara jeram dan lubuk tersebut ialah Jeram Nusa, Lubuk Kelembai, Jeram Dua, Jeram Teras, Jeram Dedari, Jeram Panjang, Lubuk Lenting, Jeram Terenggan, Jeram Aur, Jeram Katak dan Lubuk Katak.