Saturday, July 2, 2011

LEMPOYANG ATAU HALIA HUTAN MAMPU UBATI KANSER SERVIKS

Lempoyang atau Halia hutam-Wild ginger.
Nana saintifik-Zingiber Zerumbet
Lempoyang atau halia hutan-wild ginger biasanya tumbuh di kawasan semak-samun. Ia dari kumpulan halia dan biasa juga dipanggil halia hutan atau wild ginger. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggianya lebih kurang 30-50 cm dari tanah.

Sama seperti genus halia yang lain, ia membiak melalui rizam dan pecahan rumpun.

Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati - kurang selera, sesak nafas, bau badan dan gaut.

Hasil penyelidikan selama lapan tahun, enam penyelidik Universiti Putra Malaysia ( UPM ) berjaya menghasilkan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan herba, lempoyang bagi merawat dan mencegah kanser pangkal rahim ( kanser serviks ) tanpa sebarang kesan sampingan.

Tidak seperti ubat sintetik biasa, hasil penyelidikan mereka membuktikan bahan berkenaan yang dipercayai antara produk terawal seumpamanya di dunia itu hanya membunuh sel kanser secara khusus tanpa mengganggu sel dan tisu normal lain.

Ketua penyelidik, Dr. Ahmad Bustamam Abdul, berkata bahan berkenaan yang dijangka dipasarkan dalam bentuk kapsul dan cecair boleh digunakan bersama ubat kimoterapi komersial lain dan boleh di ambil dalam dos yang tinggi tanpa merosakkan tisu normal.

Bahan ini berguna secara langsung kepada wanita yang mempunyai masalah berhubung pangkal rahim dan selepas menjalani ujian pap smear, terbukti ada tanda kanser pangkal rahim.

"Ia mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum sel kanser bertukar kepada abnormal dan mengurangkan kebergantungan kepada ubat sintetik yang memberi kesan sampingan seperti keguguran rambut dan mengganggu sistem pencernaan," katanya pada sidang media.

Dr. Ahmad Bustamam berkata, dengan penemuan terbaru itu, kos rawatan pesakit kanser pangkal rahim dijangka jauh lebih murah, selain tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat sintetik yang diimport dan lebih mahal. Katanya bahan itu kini diperingkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk pemasaran dan sudah pun dipatenkan serta diiktiraf diperingkat tempatan dan antarabangsa.

"Kita berharap syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang daripada penemuan ini untuk memasarkan bahan semula jadi sebagai produk ubatan herba antikanser diperingkat global," katanya.

3 comments:

kampungku said...

habih, pokok tepus kena tebang di urang oih! dulu jadi senapang mainan aje tepus nih!

sangkelembai said...

Sekarang pokok tepuih ni dh berharga. Klu ong balik ke Pengau boleh tanam pokok tepuih neh.

z pari said...

Assalamuakaikum....zaman bebudak ade gak minum air perahan lempoyang yg diparut....baguih..cuci perot...lepas minum...rase nak mkn......tp xle gemuk...