Tuesday, February 22, 2011

Selamatkan bumi kita

     Selamatkan Bumi Kita
Ketika masih berumur lima tahun di kawasan perkampungan sekitar Kuala Tahan sangat nudah untuk melihat haiwan-haiwan liar seperti burung pegar atau ayam hutan. Begitu juga  kancil,, kijang atau pelanduk berkeliaran di halaman rumah seumpama haiwan peliharaan. Malahan seekor rusa jenis sambar yang diberi nama Maat sempena hari kelahiranya pada hari Jumaat amat jinak sekali denga sesiapa saja. Maat boleh  diusap dibelai dan dihulurkan pisang ke mulutnya. Maat begitu manja dan mesra dengan persekitarannya. Barangkali Maat tidak pernah menganggap bahawa manusia adalah musuh utamanya. Adakalanya Maat menjenguk-jenguk di muka pintu mencari penghuni rumah yang sudah dianggap kawannya atau barangkali mencari sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulutnya.
Pada hari ini suasana seperti dulu tidak berlaku lagi. Segala-galanya sudah berubah. Barangkali kalau diceritakan kepada anak-anak kecil, mereka menganggapnya hanyalah cerita dongeng atau cerita mitos seperti hikayat Sang Kelembai. cerita Pak Pandir atau cerita Mat Jenin.
Zaman dan waktu mengubah segalanya. Apabila dikatakan pembangunan, maka ada jalanraya, ada pembalakan yang berleluasa serta penempatan yang tidak terbatas. Barangkali kalau kita inginkan pembangunan, maka kita terpaksa korbankan sesuatu yang tidak kita jangkakan.
Persoalannya apakah komitmen kita terhadap semua ini?



Banteng adalah antara haiwan yang teleh pupus di negara kita.


Begitu juga dengan haiwan ini, Kambing Gurun. Kalau kita tidak memberi perhatian sepenuhnya, maka nasibnya akan samalah seperti Banteng.





Apakah kita ingin melihat haiwan ini mengalami nasib yang sama aeperi Banteng.
Tahukah anda bahawa flora dan fauna memberi sumbangan yang amat besar terhadap ekosistem di mukabumi ini?

No comments: