Monday, February 14, 2011

KUALA KENIAM


Menyingkap kedamaian di Kuala Keniam

Kuala Keniam merupakan destinasi menarik bagi mereka yang gemarkan suasana tenang dan damai. Keheningan pagi yang diserikan  dengan siulan unggas serta hembusan  angin bayu dari celah-celah pepohon menghijau amat mengasyikkan sekali.

Hutan di kawasan ini tidak pernah diteroka, malah dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan ). Pengawasan rapi sebegini menjadikan penghuni di  belantara ini hidup dalam satu ekosistem yang teratur.

Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Keniam, amtaranya ialah Gua Luas, Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil. Manakala Kuala Perkai, Keniam Kecil dan Lata Said amat popular bagi yang gemarkan aktiviti memancing.

2 comments:

fre da said...

salam.nak tanya dari taman negara berapa jauh samada berjalan kaki atau berkenderaan .banyakkan info tentang tempat2 yang menarik

sangkelembai said...

Waalaikumsalam, terima kasih kerana melawati blog sy yg tak seberapa ni. untuk info selanjutnya sila baca Menyingkap Kedamaian Di Kuala Keniam. Terima kasih di atas sokongan anda.